Sebelum Kini

Tahun-tahun Sebelum Kini (BP) ialah skala masa digunakan terutamanya dalam geologi dan lain-lain disiplin ilmu saintifik untuk menentukan bila peristiwa berlaku pada masa lalu. Disebabkan masa "kini" berubah, amalan piawai adalah dengan menggunakan 1 Januari 1950 sebagai tarikh permulaan skala zaman, mencerminkan hakikat bahawa pentarikhan radiokarbon mula boleh dipraktikkan pada tahun 1950. Singkatan "BP", dengan makna yang sama, juga telah diterjemahkan sebagai "Sebelum Fizik" (Before Physics); iaitu, sebelum ujian senjata nuklear buatan yang mengubah perkadaran isotop karbon di atmosfera, menjadikan pentarikhan selepas masa tersebut mungkin tidak boleh dipercayai.[1][2]